Selamat Melayari Blog JKD Sejarah Muar dan Ledang

Mempertahankan Kemerdekaan lebih sukar daripada mendapatkannya
Contoh Kerja Kursus Sejarah PMR 2011.

Tajuk Majlis Perbandaran Muar

Harap para pelajar dapat gunakan sebagai panduan. Terima kasih pada cikgu Haslina dari SMK Sg Abong Muar atas perkongsian maklumat.

SU JKD Sejarah
SMK Pesisiran Perdana


SENARAI KANDUNGAN



ASPEK                                                                                   MUKA SURAT



1.TAJUK  KAJIAN                                                                            

2.SENARAI KANDUNGAN                                                             

3.PENGHARGAAN                                                                           

4.OBJEKTIF KAJIAN                                                                       

5.KAEDAH KAJIAN                                                                         

6.HASIL KAJIAN                                                                         

7.RUMUSAN                                                                                     

8.LAMPIRAN                                                                                    

9.RUJUKAN                                                                                    















PENGHARGAAN


Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah  atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

        Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Radi bin Yahaya selaku pengetua SMK Pesisran Perdana yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Kamariah bte Mohd Nor selaku guru sejarah  saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah  ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah ______________  dan ibu_________________________________terima kasih atas segalanya. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..

  Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.


OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk  Institusi Pentadbiran Tempatan yang terdapat di negara kita. Objektif kajian seperti berikut :

  1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang  insan dan manusia yang  berdikari dan berani.untuk mendapatkan sumber-sumber bahan daripada Majlis Perbandaaran Muar

  1. Melalui kajian ini juga saya mengetahui  sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta pelantikan pentadbir di peringkat Majlis Perbandaran Muar.

  1. Melalui kajian ini juga  dapat menanam semangat patriotsme dan jati diri dalam generasi muda kerana dapat mengenali lebih dekat Sejarah daerah Muar.

  1.  Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.





KAEDAH KAJIAN

  1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.


  1. Kaedah kajian melalui majalah dan power point. Saya mencari maklumat mengenai Majlis perbandaran Muar berdasarkan bahan yang diperolehi.


  1. Kaedah lawatan juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya  telah pergi sendiri ke Majlis Perbandaran Muar  dan mendengar taklimat dan memperolehi bahan-bahan berkaitan MPM. Saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti.














1.    Institusi Pentadbiran Tempatan
                  Majlis Perbandaran Muar

Nama rasmi bagi MPM ialah Majlis Perbandaran Muar.Terletak di Jalan Maharani bersebelahan dengan stesen bas Muar Batu Pahat.  Majlis Perbandaran Muar boleh dihubung melalui :
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Karung Berkunci No.516, 84009 Muar, Johor Darul Takzim
Telefon :06-9521204, 06-9521205, 06-9521206 
Fax : 06-9522691 
Hotline : 06-9522207
Emel : mpmuar@johor.gov.my
Emel : webmaster

MATLAMAT MPM
Dengan Ini Memberi Komitmen Bahawa
  • Anda akan mendapat layanan yang mesra, cekap, adil dan berkualiti apabila berurusan dengan kami
  • Warga Perbandaran Muar akan menikmati persekitaran yang bersih, nyaman dan indah
  • Kami akan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas di seluruh kawasan MPM
  • Kami akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan dengan syarat butir-butir aduan jelas, sama ada dalam bentuk bertulis atau melalui telefon.
  • Kami akan terus berusaha memberikan kepuasan seoptima mungkin kepada warga Perbandaran Muar dan menjawab surat permohonan dan aduan dalam tempoh tujuh hari.

OBJEKTIF
"Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan sebuah Bandar Sejahtera dan Maju"
"Memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dengan adil dan bijaksana"
"Menyediakan kemudahan sosial yang lengkap dan teratur bagi
"Melahirkan masyarakat berbudaya sihat"
"Mewujudkan organisasi berinformasi dan inovatif"
"Mengamalkan pengurusan Mesra Rakyat"

Objektif   Penubuhan MPM
 Berbekalkan motto "CEKAP AMANAH DINAMIK MAKMUR", MPM menyasarkan untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang terunggul di daerah Muar. MPM mempunyai wawasan untuk menjadi pusat kecemerlangan (Centre Of Excellence) di kalangan pihak berkuasa tempatan. MPM juga berusaha untuk mengubah imej tradisi dan mengekalkan kesinambungan antara masyarakat dan pihak kerajaan.
Majlis Perbandaran Muar telah menggariskan beberapa objektif yang harus  di jadikan panduan oleh setiap pekerja di sini bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan dinamik. Antara objektif penubuhan MPM adalah :-
  • Memberi Perkhidmatan sebaik mungkin kepada pembayar pembayar cukai,    mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan pentadbiran.
  • Mempertingkatkan prestasi pentadbiran dan pengurusan.
  • Mempertingkatkan kebersihan dan perancangan pembangunan dalam semua sektor di kawasan pentadbirannya supaya menjadi lebih tersusun dan seimbang.
  • Memperindahkan kawasan MPM sejajar dengan aspirasi dan harapan kerajaan.
  • Menambahkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan atau perniagaan serta menyusun semula masyarakat.


MISI  MAJLIS PERBANDARAN MUAR

"Mewujudkan Perbandaran bestari dan lestari dengan urus tadbir yang terbaik, berkualiti dan berintegriti."

VISI MAJLIS PERBANDARAN MUAR
"Ke arah Perbandaran cemerlang yang progresif, sejahtera dan makmur menjelang tahun 2015."


 SENARAI PENTADBIR
  1. YANG DIPERTUA
           Tn Hj Muhammad Fuad bin Hj Raduan
  1. SETIAUSAHA
            En Jamaludin bin Hj A.Hamid
  1. KHIDMAT PENGURUSAN
En Bohari Bin Samingon
  1. PERANCANG BANDAR DAN BANGUNAN
En Muhammad Ali bin Tukiman
  1. KEWANGAN
En Mohd Nazron bin Mahmod
  1. KEJURUTERAAN
Tn Hj Arpan bin Omar
  1. PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Tn Hj Nashruddin bin Othmabn
  1. PERUNDANGANDANPENGUATKUASAAN
En Mohd Khairul Hafiz bin Ismail
  1. PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN PERKHIDMATAN
En Mohd Zulkipli bin Sujak



2.       LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Sejarah Penubuhan
Pada awal penubuhannya iaitu tahun 1903 hingga 1910 MPM dikenali sebagai Sanitary Board. Kemudian, pada tahun 1921 telah bertukar nama kepada Town Board dan berada di bawah ‘Town Board Enactment 1911’. Pada 6 Mac 1952 nama tersebut telah ditukar kepada Majlis Bandaran Bandar Maharani dan diletakkan  di bawah (The Local Authorities Ordinance 1950). Seterusnya pada 1 Ogos 1978 bertukar nama kepada Majlis Daerah Muar Selatan terletak di bawah  (Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-Peruntukan Sementara,1973 (Akta 124).              
          Pada 1 Januari 2001 dengan rasminya MPM diisytiharkan Majlis Perbandaran Muar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pengisytiharan Majlis Perbandaran Muar disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor. Pengisyhtiharan Majlis Perbandaran Muar telah di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 14 April 2001. Majlis Perbandaran Muar yang suatu ketika dahulu di kenali sebagai Majlis Daerah Muar Selatan (Di bawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan peruntukan sementara 1973) merangkumi 17 buah mukim yangsehingga kini di duduki hampir 230, 000 orang penduduk pelbagai etnik.

Undang-undang Tubuh dan Akta
          Secara umumnya beberapa akta parlimen telah digubal bagi bagi mengawal operasi PBT iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuat kuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.
Undang-Undang Kecil
Terdapat 20 undang-undang kecil yang diguna pakai oleh Majlis Perbandaran Muar. Undang-undang tersebut adalah:-
·                     Undang-Undang Kecil Pasar (MDMS), 1981
·                     Undang-Undang Kecil Penjaja (MDMS), 1981
·                     Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDMS), 1981
·                     Advertisement (MDMS), By-Laws 1981
·                     Licensing of Trades, Business, Industries and Professions (Mdms) By-  
            Laws 1981
·                     Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan
             Sampah Sarap (MDMS), 1985
·                     Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1986
·                     Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (MDMS), Kerajaan
            Tempatan 1987
·                     Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987
·                     Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDMS), 1987
·                     Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian
            (MDMS), 1988
·                     Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Johor (       
            Kelakuan & Tatatertib), 1988
·                     Undang-Undang Kecil Kedai Gunting dan Pendandan Rambut
            (MDMS), 1989
·                     Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDMS), 1990
·                     Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MDMS), 1991
·                     Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MDMS), 1995
·                     Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (MDMS), 1995
·                     Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MDMS), 1995

Perincian Peranan / Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir
              Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence). Majlis Perbandaran Muar telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:
§Kuasa perancang tempatan
§Kuasa mengeluarkan lesen
§Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
§Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-
             gerai dsb.)
§Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan               
             bandar
§Mengurus dan mengawal lalu lintas (termasuk mengurus sistem
            pengangkutan awam bandaran)
§Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

Alam Sekitar

   Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.

Orang awam

             Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.
          Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.

Sosial

          Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.

Pembangunan

                Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

Cara Pelantikan pentadbir Tempatan
            Yang Dipertua dan Setiausaha  Majlis Perbandaran akan  dilantik oleh Kerajaan Negeri (Johor) dan  dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menguruskan pentadbiran majlis. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri. Manakala  24 Ahli Majlis juga dilantik oleh Kerajaan Negeri (Johor) dan 4 ex-officio sebagai penasihat kepada organisasi Majlis.
Yang Dipertua mengetuai Majlis dengan dibantu setiausaha dan tujuh jabatan iaitu Jabatan kejuruteraan, jaabatan kewangan, jabatan khidmat pengurusan, jabatan penilaian dan pengurusan harta, jabatan perancanngan, jabatan perundangan dan jabatan perkhidmatan perbandaran dan kesihatan.


Peranan Majlis Perbandaran Muar
         Ekonomi
                         Pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti gerai-gerai makanan, jualan bazar Ramadhan, pasar malam dan uptown maharani. Kemudahan ini disediakan kepada semua kaum untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan atau tetap. Secara tidak langsung, aktiviti ini menyediakan  peluang pekerjaan kepada penduduk daerah Muar.
                      Selain itu, perkembangan bidang perindustrian yang begitu pesat di daerah Muar. Di bawah pentadbiran MPM, kewujudan banyak industri terutama industri elektronik di daerah Muar. Ini membuka peluang kepada belia-belia di daerah Muar mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu dapat mengurangkan penggangguran dan penghijrahan belia ke Bandar-bandar besar.
         
          Kemasyarakatan
                       Peranan MPM dalam bidang kemasyarakatan sememangnya tidak dinafikan. Banyak aktivti yang dilakukan setiap tahun MPM bersama-sama penduduk daerah Muar seperti menjayakan program Gaya Hidup Sihat,tayangan Astro, dan program 10,000 langkah. Dalam program MPM bersama komuniti seperti Program Gerak Mesra yang merangkumi aktiviti pameran kesihatan, aktiviti mewarna, aktiviti kempen kebersihan, pameran jabatan kerajaan.
       Selain itu, mengdakan aktiviti senam a-robik dan j-robik setiap hari Sabtu  dan Ahad di Dataran Tanjung Emas bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat daerah Muar yang sihat dan cergas malahan mengeratkan  kaum. MPM jua memperkenalkan Program Menanam Pokok untuk menceriakan kawasan Muar dan menjaga alam sekitar.

Kebudayaan
            Bidang kebudayaan juga merupakan tumpuan pihak MPM. Antara peranan MPM dalam mengekalkan budaya bangsa dengan memberi sokongan kepada persatuan seni dan budaya yang diwujudkan seperti persatuan Riuk Barongan &  Kuda Kepang, Zapin Lenga dan Persatuan Singa Kun Seng Keng.
            Daerah Muar juga terkenal dengan lagu-lagu berirama ghazal. Maka MPM berperanan mengadakan pertandingan lagu-lagu asli terutama ghazal di peringkat daerah. Bukan itu sahaja , pihak MPM telah memperkenalkan seni dan budaya Johor ke peringkat kebangsaan

         Pelancongan
                        Dalam bidang pelancongan, MPM telah berusaha mempertingkatkan dan menggunakan sumber-sumber alam yang terdapat di daerah Muar agar menjadi daya tarikan kepada pelancong asing dan tempatan. Antaranya ialah kawasan Reakreasi Tanjung Emas,    Kawasan Rekreasi Tanjung Ketapang , Pantai Leka, Parit Jawa dan banyak lagi kawasan bersejarah di Muar.
            Bagi kemudahan para pelancong pihak MPM telah menyediakan video korporat pelancongan daerah Muar dengan kerjasama syarikat swasta yang telah dilancarkan pada 03 Disember 2010  dan  buku panduan pelancongan Daerah Muar. Selain itu pihak MPM dalam usaha mengumpul maklumat kawasan-kawasan berpotensi untuk dijadikan pusat tarikan. Pihak MPM juga bertanggung jawab menyelenggara kawasan-kawasan reakreasi  dan kawasan pelancongan agar selamat dan sentiasa bersih.

PERKEMBANGAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Sumber Kewangan
            Majlis Perbandaran Muar memperoleh sumber kewangan daripada hasil pihak MPM seperti cukai taksiran, perlesenan, denda, bayaran perkhidmatan, sewaan, faedah pelaburan dan penerimaan bantuan daripada kerajaan pusat serta kerajaan negeri.
            Sumber yang diperolehi  inilah digunakan untuk merancang dan membangunkan kawasan  yang berada di bawah pentadbirannya.

Kemajuan yang Dicapai
            Sejak ditubuhan sehingga hari banyak kemajuan yang telah dicapai oleh pihak Majlis Perbandaran Muar(MPM). Memang tidak dinafikan MPM telah menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan di bawah pentadbirannya.
            Antaranya, kawasan sungai Abong dan Pagoh yang dahulunya kawasan pertanian telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Terdapat juga Kompleks Sukan Pagoh telah dibina di bawah projek Pusat Pertandingan Rakan Sukan (PPRS).  Kompleks yang terletak di dalam daerah Muar, Johor ini telah siap dibina pada tahun 2001 di atas tanah seluar 8.4 ekar.
            Tidak ketinggalan kawasan pelancongan yang telah dibangunkan semula iaitu Tanjung Emas, kawasan Rekreasi Tanjung Ketapang dan Pantai Leka, Parit Jawa. Beberapa aktiviti di tanjung Emas diperkenalkan seperti Dataran Tanjung Emas ,Taman permainan kanak-kanak, Menyusuri Sungai Muar, Berkayak, Trek Jogging,Senaman J-Robik (Setiap Sabtu & Ahad), Medan Selera  dan  Pertandingan Memancing.
            Selain itu, MPM dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah membina jambatan kedua  yang merentasi Sungai Muar bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di daerah Muar.

Cabaran yang dihadapi
            Apabila Majlis Perbandaran Muar(MP) telah diiktiraf sebagai status sebuah Perbandaran, maka MPM menghadapi cabaran yang besar dari sungi peranan dan tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa tempatan.
            Sehubungan dengan ini banyak peningkatan tuntutan daripada pembayar cukai agar perkhidmatan prasarana dan infrstruktur terutama di setiap kawasan pentadbiran MPM diperbaiki.
            Pihak MPM sering menerima aduan tentang mutu perkhidmatan dan kualiti hidup seperti kesesakan lalu lintas terutama di bandar Muar, masalah kebersihan tandas awam, stesen bas, masalah longgokan sampah dan pencemaran alam sekitar. Hal sedemikian merupakan tanggungjawab MPM agar ianya dapat diselenggarakan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Sekiranya aspek ini tidak diberi perhatian akan menjejaskan nama MPM dan kerajaan negeri.
            Cabaran ini pasti dapat diatasi sekiranya semua penduduk daerah Muar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (MPM)

 Perancangan Masa Depan
       Majlis Perbandaran Muar telah merancang program-Program Pembangunan RMK 10 terutama dalam bidang pelancongan terutama Pusat Pelawat, Bakau fitness station, Kawasan Penerangan Paya Bakau, Tapak Perkhemahan dan Kawasan Rekreasi Keluarga.
   Keistimewaan kedudukan bandar ini di pesisiran Sungai Muar yang menghadap Selat Melaka, mendorong MPM memperkemaskan pelan pelancongannya bagi membolehkan bandar ini menjadi tarikan pelancongan, sekali gus memberi sumber ekonomi kepada penduduk.   Tinjauan sejauh kira-kira enam kilometer itu bermula di Jeti Tanjung Emas sehingga Bukit Treh sebelum singgah di Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor yang turut menjadi tarikan orang ramai.

             Sehubungan itu,  peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), merangka pelbagai projek bagi merancakkan lagi kegiatan ekopelancongan yang menjadi tunggak tarikan pelancong ke daerah itu. Pesisiran Sungai Muar di bandar ini sudah mempunyai produk pelancongan tetapi ia perlu diberi nilai tambah bagi menarik minat pelancong menikmati keindahan dengan menyusuri sungai.
        Tidak ketinggalan prasarana fizikal terutama pembangunan seperti pembinaan reminal pengangkutan baru di Jalan Kim Kee, penempatan semula Pasar Borong Muar, Program Peparitan bagi mengatasi masalah banjir dan pembangunan bandar perabot.






Rumusan
            Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus sejarah dalam tempoh yang ditetapkan. Ketika menyiapkan kerja kursus ini banyak pengetahuan dan pengajaran dan nilai yang saya pelajari.
Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara berkaitan penubuhan Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang kian dikenali oleh masyarakat di Muar. Oleh itu, saya harus menghargai dan bekerjasama dengan pihak MPM dalam setiap urusan atau aktiviti bagi mewujudkan suasana  harmoni di daerah Muar. Saya juga dapat mengetahui keistimewaan dan keunikan daerah Muar yang menarik perhatian para pelancong.
            Dalam menyiapkan kerja kursus ini telah mengajar saya erti kesabaran, ketabahan dan kerjasama antara rakan dan pihak MPM. Nilai-nilai ini mmbuatkan saya sentiasa berganding bahu bersama-sama rakan untuk mencari maklumat tentang MPM. Dari situ saya dapat mempelajari dan menguasai ilmu berkomunikasi
            Akhir kata, sebagai generasi muda kita perlu mengharagi dan mengekalkan kemajuan dan perubahan yang telah dilakukan oleh MPM. Kit perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keharmonian semua masyarakat di Muar agar Negara kita  akan terus aman damai.

Elemen 3
Bagaimanakah Institusi Pentadbiran Tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

            Institusi pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak institusi pentadbiran tempatan terutamanya Majlis Perbandaran Muar(MPM) untuk memperkukuhkan integrasi nasional. Kakitangan sektor awam terutamanya (MPM) perlu menjalankan tugas dengan adil dan bertimbang rasa kepada semua pihak tanpa mengira kaum. Selain itu, mereka juga perlu berakhlak dan berbudi pekerti  mulia ketika melayan pelanggan agar pelanggan berasa dihormati dan dihargai. Dengan itu, wujud rasa hormat menghormati antara kakitangan MPM dan masyarakat  dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan.

            Di samping itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak MPM bersama-sama masyarakat seperti gotong-royong, Hari Bertemu Pelanggan, Rumah Terbuka musim perayaan, program kesihatan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong menolong bahkan melahirkan semangat muhibah atau semangat bermasyarakat antara semua kaum terutamanya daerah Muar. Ini dapat kita lihat apabila semua kaum terlibat dan menyertai semua aktiviti yang diadakan oleh pihak MPM.
            Apabila tibanya sesuatu perayaan, pihak MPM telah mengadakan rumah terbuka yang melibatkan semua perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Melalui perayaan ini, masyarakat dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa dalam Negara Malaysia. Semua kaum sentiasa hormat menghormati agama dan budaya setiap kaum dan secara tidak langsung dapat memperkukuh integrasi nasional negara.
            Kesimpulannya, unsure-unsur patriotism dalam institusi pentadbiran tempatan amat penting sekiranya kita mahu agar masyarakat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini kakitangan awam haruslah menunjukkan itlizam yang tinggi dalam uruusan pentadbiran yang melibatkan orang ramai. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

0 ulasan:

 
;